Apa Benda Dynamic Range ni? #SiriBezaKameraMahalMurah

Dalam Behind The Scene - ‘Aku, Ayah dan Wang’, tuan Director kita, Azfar Hamdii ada menerangkan secara ringkas tentang apa itu Dynamic Range. Ini kerana semasa shoot video production, Dynamic Range seringkali menjadi salah satu daripada banyak masalah on set sebab untuk memastikan Dynamic Range yang tepat, didalam sesebuah scene itu perlu mempunyai pencahayaan yang mencukupi.

Dynamic Range ini adalah nisbah transisi cahaya daripada gelap kepada terang. Biasanya kamera video (cine camera) dapat menangkap 12 stop cahaya dan keatas (boleh rujuk Behind The Scene – ‘Aku Ayah & Wang’), berbeza pula dengan kamera digital (DSLR) yang biasanya hanya mampu menangkap 5-6 stop cahaya sahaja. Ini adalah antara sebab mengapa jurugambar profesional memilih untuk menggunakan kamera yang mahal kerana mempunyai lebih banyak stop cahaya, lebih hampir dengan realistik gambar yang ditangkap dan lebih dekat dengan gambaran seperti dilihat dari mata manusia.

Disamping itu, kamera digital biasa tidak dapat mengambil video didalam format RAW. Hanya gambar sahaja yang boleh diambil didalam format RAW, di mana membolehkan kamera membaca lebih banyak stop cahaya berbanding video. Ia berbeza dengan cine camera yang boleh merekod video didalam format RAW.

Inilah stop cahaya yang dipanggil Dynamic Range.

 

Dua  gambar diatas (Underexposed & Oerexposed) menunjukkan kamera tidak dapat menangkap gambar dengan baik kerana Dynamic Range didalam kamera mempunyai ‘stop’ cahaya yang sedikit untuk membaca keseluruhan data dalam imej.

Jadi, Dynamic Range didalam pembikinan video production boleh dibantu dengan setup lighting dengan mencukupi ketika di set. Pencahayaan adalah segalanya didalam fotografi dan videografi. Selain itu, rekod video atau tangkap gambar didalam format RAW, adalah sangat membantu dalam sebuah video production. Andaikata semasa shooting video production terdapat masalah pencahayaan yang sukar untuk diselesaikan, scene itu dapat dibetulkan semasa proses post-production. Ini kerana didalam format RAW, banyak data-data yang masih belum di ‘compress’.  Seperti fail format .jpeg dan .mp4, ianya adalah fail yang sudah diproses semasa dalam kamera.

Semoga artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Di sini saya sertakan juga pautan untuk rujukan anda supaya dapat lebih memahami apa itu Dynamic Range:

Digital Photography 1 on 1: Episode 41: Dynamic Range

Behind The Scene – ‘Aku Ayah & Wang’


Disediakan oleh,
Muhammad Ameer Afham
Video Editor


What's next?