5 Sebab Kamu Perlukan Video Marketing

Penggunaan video sebagai content marketing dan guerilla marketing dah jadi biasa, ramai yang dah gunakan video untuk mempromosikan servis dan produk mereka. Youtube sekarang sudah menjadi enjin carian kedua terbesar selepas syarikat induknya Google. Sebagai expert dalam penghasilan video storytelling, kami berikan 5 sebab kenapa video adalah bahan terbaik untuk kegunaan sebagai content marketing.

01

Meningkatkan SEO

Menggunakan video content meningkatkan ranking/tangga SEO. Menurut Comscore, meletakkan video yang bagus di website akan menambah peluang untuk berada di muka surat pertama Google sebanyak 53%.

02

Engagement lebih tinggi

Visual content adalah kunci kepada engagement yang bagus, dan video tak terkecuali. Jadi bila kamu memikirkan apa jenis pos yang mahu dijadualkan di social media, fikirkan macam mana kamu boleh gunakan video sebagai salah satu content.

03

Menarik perhatian consumer

Sudah terbukti video akan lebih menarik perhatian berbanding jenis-jenis content yang lain – dan memandangkan terlalu banyak content dihasilkan di social media sekarang menangkap perhatian target audience adalah sangat penting.

04

Audience kekal lebih lama

65% penonton melihat lebih dari ¾ video. Jadi kalau nak orang melihat apa yang kamu mahu sampaikan, dan sampaikan lebih banyak mesej sekali gus , apa kata gunakan video.

05

Menyentuh emosi

Video adalah bahan paling power untuk menyentuk emosi orang yang menontonnya. Ini kerana video melibatkan intonasi suara, ekspressi muka, dan juga muzik. Menyentuh emosi dalam marketing dah terbukti memberikan impak positif pada keputusan pengguna, walaupun dalam pasaran B2B.


Disediakan oleh,
Mohamad Syafiq
Chief Sales Officer


What's next?