3 Shortcut Keys Untuk Edit Video Dengan Laju

Korang selalu mengedit lagi banyak guna mouse atau keyboard? Kalau guna mouse je mesti editing korang jadi slow dan mungkin tak sempat nak kejar dateline.Kan?

Jadi saya nak tunjuk pada korang 3 shortcut keys yang simple, tapi boleh bantu memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja editing korang! Shortcut keys adalah kekunci pintas yang ada pada keyboard korang yang korang pun mungkin tak pernah tahu.


Butang ‘C’ adalah shortcut keys untuk Razor Tool. Fungsi ini digunakan apabila hendak memotong klip pada suatu layer, sama ada layer VIDEO ataupun layer AUDIO. Bila korang dah pasang niat nak potong klip, korang klik je butang ‘C’ dan  klik pada part yang korang nak potong.


Hah! Tadi dah sedap-sedap potong, jangan lupa pulak tekan semula Selection Tool. Oh! Ada cara mudah iaitu klik butang ‘V’ dan ada dalam mod  Selection Tool. Kalau korang lupa step ini, korang akan asyik terpotong je klip-klip korang secara tak sengaja dan menyesal di kemudian hari.


Shortcut keys ini akan membuatkan korang rasa banyaknya masa yang anda habiskan selama anda edit video atau audio untuk dokumentari ataupun video semina. Lagi-lagi untuk klip video yang terlalu panjang seperti video ucapan.

Jadi gunakan shortcut key ‘L’ untuk fast-forward playback klip berkenaan. Klik sekali lagi untuk tambahkan speed forward. Klik lagi dan lagi untuk laju dan laju-laju-laju-lajuuuuuuu.Jika sudah terlampau laju hingga terlajak, gunakan shortcut key ‘J’ untuk reverse playback. Sama macam tadi tekan lagi untuk lajukan speed reverse.


Alright guys, itu je saya nak share kali ni. Semoga korang praktiskan kekunci pintas ini dalam kerja editing seharian korang. Bye!


Disediakan oleh,
Muhammad Elyas
Video Editor


What's next?